Sunday, August 26, 2007

Previu US Open 2007

Maka akan bermulalah satu lagi acara penting sukan tenis bermula 27 Ogos hingga 9 September 2007. Ini adalah acara terakhir bagi 4 Grand Slams bagi tahun ini. Berikut adalah previu bagi acara ini.

Perseorangan Lelaki

Australian Open 2007 - Roger Federer
French Open 2007 - Rafael Nadal
Wimbledon 2007 - Roger Federer

Rata2 previu yg aku dah baca, hampir kesemua previu memusatkan kepada tiga pemain iaitu Roger Federer, Rafael Nadal dan Novak Djokovic. Diatas kertas memang nampak gaya Roger Federer akan dapat masuk final dan menang. Secara peribadi aku pun nak Fedex menang, sebab dia tgh byk buat rekod baru dan pecah rekod. Kalau dia menang ni, dia akan menjadi pemain kedua menang US Open 4 kali berturut2. Last kali petenis yg dapat buat ni masa tahun 1920an kot , sapa yg buat tu aku tak ingat la ....

Rafael Nadal belum membuktikan lagi penguasaan beliau pada hard court, manakala Djokovic pula belum membukikan konsistensinya. Namun, para penganalisis tenis mengatakan mereka berdua ni bakal memberi cabaran hebat untuk fedex.

Andy Roddick dan James Blake wakil US yang didalam kelompok top ten pun turut memberikan kesangsian. Kelebihan yang ada ialah dorang main kat homeground. Tapi ini bukan kebihan yang boleh diharap sgt. Prestasi dorang pun turut naik takat ni. Terdapat byk lagi petenis yg turut perlu diberi perhatian seperti Marat Safin, Leyton Hewitt, Davydenko, Youzhny dan byk lagilah ... selain nasib dan strategi, draws mereka juga turut memainkan peranan.

Aku pun kalau boleh nak tgk player2 belasan tahun ni mara ke pusingan seterusnya dlm US Open, player macam John Isner, 6'9" mamat ni ... tongkai abih !!! .. Donald Young (Wimbledon Junior Champion 2007) dan Sam Querry, sumer American dude ....

Perseorangan Wanita

Australian Open 2007 - Serena Williams
French Open 2007 -Justine Henin
Wimbledon 2007 - Venus Williams

bab pompuan ni payah skit, sebab ramai sgt yang ada peluang, selain dari nama yg kat atas tu, juara 2006 Maris Sharapova, Jelena Jankovic, Ana Ivanovic, Marion Bartolli dan byk lagi lah bakal memberi saingan yg hebat ... yer la .. sumer nak menang ... aku rasa tgk women's singles lagi best sebab byk yg handal dan mempunyai prospek masing2.

Petenis wanita yg aku minati Daniela Hantuchova ... hmmm tak tau sampai mana la dia leh pegi, sejauh yg boleh la aku harap, harapan tak begitu tinggi diletakkan sebab ramai sangat yg handal. Apa2 pun .. singles wanita lagi menarik ....

Konklusi

US Open ni mmg payah la nak tgk live, dah la aku takde astro, diorang main pun pas kul 12 malam kot, so mmg payah la aku nak follow, harap tgk kat internet jer la pagi2 .. takpun masa cuti, final pun aku tak dpt tgk, tengok delayed telecast jer la ...

--------------------------------

Disebabkan byk blog yg aku lawat dah tukar blog memasing, aku pun gatal tangan nak tukar blog gak ... heheheh ... aku amik skim kaler court tenis Jln Duta, court tenis yg paling best aku penah main, tapi .. aku tgk cam tak cantik la blog ni ... takpe la .. lenkali leh tukar lagik ...

No comments: