Tuesday, August 28, 2007

Merdeka !!!



Beberapa bulan yang lepas aku ada baca artikel kat The Star pasal sukan di Malaysia. Artikel tu cerita pasal sejarah beberapa sukan yang ada di Malaysia. Menurut artikel tersebut, tenis telah ada di Malaysia sewaktu kedatangan Inggers ke tanah melayu, jadi dari situ bertapak lah sukan tenis di Tanah Melayu, Malaya dan kemudian Malaysia. Tapi masa mula2 nak bertapak tu, memang la mat saleh dan minah saleh jer yang main kot.


aku ni lahir zaman pasca merdeka, zaman pembangunan, jadi pengertian merdeka tu mungkin berbeza dari orang lain, dulu2 hari merdeka ni hanyalah satu hari cuti, tapi masa aku sekolah menengah dulu bila time nak merdeka aku sibuk skit, sebab aku masuk perarakan hari kebangsaan. Banyak kenangan yang tersimpan bila masuk perarakan ni. Secara keseluruhan, persediaan dia memang seronok, tapi ada gak yang tak seronok, paling best masa 31 ogos la .. memang sungguh warna warni, aku ingat lagi last kali aku masuk perbarisan ni, band askar main lagu negaraku, aku sampai nangis ... err bukan nangis la .. meleleh air mata jer, tak tau apa pasal air mata aku kuar, emosi terlebih kot, tapi masa tu aku bangga sangat jadi rakyat Malaysia.

Cepat sungguh masa berlalu, aku masih ingat masa Malaysia sambut hari kemerdekaan yang ke 35, 40 dan sekarang dah 50.

Umum cukup maklum, umur 50 tahun adalah satu umur yang sangat muda untuk sebuah negara. Malaysia bakal menempuhi pelbagai cabaran dan perubahan pada masa hadapan. Jadi...


Selamat Maju Jaya untuk Malaysia dan Rakyat Malaysia !!

Majulah Tenis Untuk Malaysia !!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 50 !!!

No comments: