Monday, June 23, 2008

Talk to the shoe, cause the face is not talking ...


Federer's new Wimbledon 2008 sneaker logo
Please read this article form ESPN, basically what's Roger trying to say is ... DJOKOVIC .. SHUT UP !!!

Saturday, June 21, 2008

Ulasan Pra Wimbledon 2008

Wimbledon edisi 2008 kali ini bakal memberi lebih tumpuan kepada Roger Federer, Rafael Nadal dan Novok Djokovic. Federer yang masih belum lagi memenangi sebarang kejuaraan Grand Slam pada tahun ini sudah pastinya agak terdesak untuk memenangi kejuaraan Wimbledon, ini adalah untuk memastikan beliau terus mendahului kedudukan ranking ATP sebagai pemain no. 1 serta mencipta rekod baru sebagai pemain pertama di dalam era kejuaraan terbuka yang memenangi kejuaraan Wimbledon 6 kali berturut-turut.

Rafael Nadal akan terus memburu untuk mendapat tempat di perlawanan akhir dan menjadi juara pada kali ini setalah 2 tahun sebelum ini tewas di tangan Federer pada pusingan akhir. Kejayaan beliau di Kejohanan Artois baru-baru ini adalah petanda awal yang menunjukkan beliau semakin selesa bermain di permukaan padang (rumput) dan ini tentulah memberi lebih tekanan kepada Federer. Novak Djokovic bintang tenis dari Serbia yang mula mencipta nama pada 2007 serta juara Terbuka Australia 2008 dilihat begitu yakin untuk merubuhkan dominasi Federer di Wimbledon. Beliau dilihat agak vokal didalam memberikan pendapat mengenai peluangnya didalam Wimbledon kali ini serta komen-komennya terhadap Federer. Bagi edisi Wimbledon 2008, Djokovic dijangka akan bertemu dengar Federer di peringkat separuh akhir.

Kesimpulannya, Nadal dan Djokovic adalah di dalam kedudukan yang baik untuk menduduki ranking ATP no. 1 sekiranya mereka menjuarai Wimbledon pada kali ini. Namun, sudah pastinya Federer tidak akan memberi takhta no. 1 yang didudukinya semenjak Februari 2004 dengan begitu mudah.

Oleh,

'Topspin' TJ

Tuesday, June 17, 2008

This package has just arrived




pakej ini baru sahaja tiba ... :)





Head Agassi Radical Limited Edition


Oversize Specs
Head Size:
107 sq. in. / 690 sq. cm.
Length: 27 inches / 69 cm
Strung Weight: 12.1oz / 343g
Balance: 6pts Head Light
Swingweight: 338
Stiffness: 63
Beam Width: 21 mm Straight Beam
Composition: Graphite
Power Level: Low-Medium
Swing Speed: Fast
Grip Type: HydroZorb w/ Agassi Pro Overgrip
String Pattern:18 Mains / 19 CrossesMains skip: 8T,10T,9HTwo PieceNo shared holes
String Tension: 54-64 pounds




Limited Edition No. 3180 ..... tq .. tq .. tq ...


Tandatangan Khas Andre Agassi ....




Reket ini memulakan perjalanan dari :-
San Luis Obispo, CA
Memphis, TN
Anchorage, AK
Subic Bay Freeprot, PH
Sepang, MY
Shah Alam, MY
Kota Damansara, MY
Aku ....

mula2 kata 6 hari delivery ... tapi 4 hari dah sampai .... cayalah fedex ...


Terima kasih www.tenniswarehouse.com dan juga kepada fedex kerana servis yang sungguh cemerlang.


Andre Agassi: wahhh tj .... cantik reket

TJ: of course andre .... of course ...

Monday, June 9, 2008

Apa dah jadi?

..... termenung jauh ....

Roger Federer: TJ ... aku kalah lagi la ... bila aku nak menang French Open ni?

TJ: What happened la? .. 6-1,6-3,6-0 ..???!!!!

Roger Federer: Entah la .. memula aku cam konfiden leh menang ... tapi alih2 aku kalah plak .. tiba2 rasa cam malas plak main ... ntah la ....

TJ: what la you !!!

Roger Federer: hmmmm ... jgn la bengang ...

TJ: it's ok bro .. you still have wimbledon, US Open .. and the Olympics !! please make sure you will all the three titles ... anyway ... no matter what happens ... I will still buy your racquet .. one day ...

Friday, June 6, 2008

French Open 2008

Dah nak sampai penghujung ... ladies final ... Dinara Safina vs Ana Ivanovic, safina lately bagus kat clay ... rasanya dia ni 1st time slam final, ivanovic 3rd time slam final, last year pun masuk final utk french open serta dalam good form gak ... kelebihan pada ivanovic la ... dan dia mmg la lagi cun dari safina ... walau apa-apa pun .. aku tak kisah la sapa menang, dua2 pun adidas sponsor ...

Men's semi final ... hmm ntah la .. aku takde mood la nak predict ... federer kata dia konfiden, nadal, djokovic pun konfiden ... monfils .. alih2 cam terer ... so ntah la ... lantak lah ...

malam tadi aku main tenis ngan Bonni and Devano ... dorang byk share tips ngan aku, devano berpengetahuan dari segi sains reket tenis. Mungkin banyak yang aku leh belajar ngan dia. Coach aku plak lately manjang sibuk ... sukma la .... itu la .. ini la ... time aku rajin dia sibok la .. pasni dia sibok olimpik kot ... hehehehe

hati aku tgh suspens .... aku telah melakukan sesuatu ... 2-3 minggu lagi tahu la keputusannya ...