Saturday, June 21, 2008

Ulasan Pra Wimbledon 2008

Wimbledon edisi 2008 kali ini bakal memberi lebih tumpuan kepada Roger Federer, Rafael Nadal dan Novok Djokovic. Federer yang masih belum lagi memenangi sebarang kejuaraan Grand Slam pada tahun ini sudah pastinya agak terdesak untuk memenangi kejuaraan Wimbledon, ini adalah untuk memastikan beliau terus mendahului kedudukan ranking ATP sebagai pemain no. 1 serta mencipta rekod baru sebagai pemain pertama di dalam era kejuaraan terbuka yang memenangi kejuaraan Wimbledon 6 kali berturut-turut.

Rafael Nadal akan terus memburu untuk mendapat tempat di perlawanan akhir dan menjadi juara pada kali ini setalah 2 tahun sebelum ini tewas di tangan Federer pada pusingan akhir. Kejayaan beliau di Kejohanan Artois baru-baru ini adalah petanda awal yang menunjukkan beliau semakin selesa bermain di permukaan padang (rumput) dan ini tentulah memberi lebih tekanan kepada Federer. Novak Djokovic bintang tenis dari Serbia yang mula mencipta nama pada 2007 serta juara Terbuka Australia 2008 dilihat begitu yakin untuk merubuhkan dominasi Federer di Wimbledon. Beliau dilihat agak vokal didalam memberikan pendapat mengenai peluangnya didalam Wimbledon kali ini serta komen-komennya terhadap Federer. Bagi edisi Wimbledon 2008, Djokovic dijangka akan bertemu dengar Federer di peringkat separuh akhir.

Kesimpulannya, Nadal dan Djokovic adalah di dalam kedudukan yang baik untuk menduduki ranking ATP no. 1 sekiranya mereka menjuarai Wimbledon pada kali ini. Namun, sudah pastinya Federer tidak akan memberi takhta no. 1 yang didudukinya semenjak Februari 2004 dengan begitu mudah.

Oleh,

'Topspin' TJ

No comments: