Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia diari tenis.
Saudara dan Saudari,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga Ramadhan kali ini akan memberi sinar baru kepada seluruh umat Islam. Bersama-samalah kita berusaha untuk mendapat kebaikan dan rahmat Allah di bulan yang penuh berkat ini. Secara peribadi saya amat bersyukur kerana dapat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan pada tahun ini. Sering kali saya khuatir akan kemungkinan tidak akan bertemu Ramadhan lagi.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 51 bagi pembaca blog ini serta seluruh rakyat Malaysia tidak kira dimana jua anda berada. Hatta, sama-samalah kita hayati erti kemerdekaan itu dan mengaplikasikannya kepada kehidupan kita sekarang. Sesungguhnya sambutan hari Kemerdekaan itu sendiri telah memberikan saya sedikit pengalaman peribadi yang tidak akan saya lupakan.
Bagi memenuhi permintaan beberapa pembaca yang meminta saya mengulas sedikit mengenai US Open yang sedang berlangsung sekarang ini. Apa yang saya dapat ulaskan hanyalah, tumpuan terhadap kejohanan ini agak sedikit hambar, ini adalah kerana faktor olimpik yang baru sahaja selesai, kesan dari kekalahan Federer sewaktu di Wimbledon yang masih di rasai (sekurang-kurangnya bagi diri saya) dan juga kesan dari penurunan takhta No.1 oleh Federer yang kini kerusi Raja Tenis itu dimiliki oleh Nadal. Mungkin agak 'bias' ulasan saya pada kali ini, namun, itulah saja yang saya dapat ulaskan.
Sekian,
Wassalam
Topspin TJ